PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 2

NOTA TINGKATAN 2

Untuk entri kali ini, saya akan menghuraikan berkenaan  maksud gaya hidup sihat. Sebelum itu, ingin saya bertanya kepada saudara-saudari, anak-anak murid sekalian..Adakah anda semua mengamalkan gaya hidup sihat? 🙂

Kesihatan yang baik amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup. Cara yang paling berkesan untuk memelihara taraf kesihatan yang baik adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Ini merangkumi aspek kesihatan fizikal dan mental. Dari aspek fizikal, gaya hidup sihat bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar. Ini termasuk melakukan aktiviti sukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, makan makanan yang seimbang dan mengelak daripada penyalahgunaan bahan. Amalan gaya hidup sihat dari aspek mental bermaksud mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.

Mengapakah gaya hidup sihat ini penting? Ini adalah untuk mengelakkan ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Seseorang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti merokok, minum minuman beralkohol, tidak bersukan dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang akan terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung koronari, kegemukan, malnutrisi, hipertensi, strok, kanser, diabetes dan penyakit paru-paru. Individu yang gagal mengawal stres pula akan berasa cepat marah, sukar tidur (insomnia), hilang selera makan, peningkatan rasa keletihan dan mengalami hipertensi.

Implikasi tidak mengamalkan gaya hidup sihat juga melibatkan kos rawatan penyakit yang tinggi. Begitu juga dengan kos pemulihan penagih dadah akibat penyalahgunaan bahan. Sehubungan itu, adalah penting untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang, melakukan senaman dan menghindarkan diri daripada penggunaan bahan terlarang.

Jadinya, sekarang kita tahu betapa pentingnya gaya hidup sihatkan?

 

Makan? Bila sebut makan mesti anda semua sudah terbayang makanan apa yang akan anda masak atau belikan?

Tapi adakah anda terfikir makanan yang anda makan itu dikategorikan sebagai pemakanan yang sihat?

Apakah makanan yang anda makan sepanjang minggu lepas?

Cuba anda senaraikan makanan tersebut. Bolehkah anda kaitkan senarai makanan ini dengan konsep piramid makanan yang telah anda pelajari?

Adakah makanan yang anda makan merangkumi semua aras dalam piramid makanan?

Jom kita tonton video ini untuk dapat lebih info…:)

Bengkel Pengurusan Stress

Tinggalkan komen